Saturday, February 1, 2014

Eksport Produk Lada Malaysia Boleh Cecah RM650 JUTA Pada 2020 - MARILAH BERSAMA MEMAJUKAN TANAMAN LADA DI MALAYSIA DAN BERKONGSI HASILNYA!!!

Kuching - Kerajaan menyasarkan nilai eksport industri lada negara meningkat kepada RM650 juta menjelang 2020 kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas.

Katanya bagi mencapai matlamat itu, pelbagai langkagh dilaksana termasuk memperluaskan kawasan tanaman kepada 20,000 hektar dengan anggaran pengeluaran 42,000 tan metrik setahun.

"Pada tahun lepas, eksport produk lada negara adalah sebanyak 10,588 tan dengan nilai RM245 juta. Pada 2012, keluasan tanaman lada di Malaysia ialah 14,791 hektar dengan 99 peratus atau 14,603 hektar di Sarawak," kata pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Lembaga Lada Malaysia (MPB).

Terdahulu, Uggah yang diiringi Timbalannya Datuk Noriah Kasnon meluangkan masa kira-kira sejam melawat pelbagai kemudahan yang bertujuan membantu pembangunan dan perkembangan industri lada negara di ibu pejabat MPB itu.
Lawatan kerja ke MPB merupakan lawatan pertama Uggah ke agensi di bawah kementeriannya sejak pelantikannya minggu lepas.

Mengulas lanjut, Uggah berkata sasaran peningkatan nilai eksport itu selaras dengan Dasar Komoditi Negara (DKN) yang diperkenalkan oleh kerajaan khusus untuk memajukan sektor komoditi.

"Antara usaha yang sedang dilaksanakan dalam meningkatkan pengeluaran lada ialah melalui pemulihan tanaman lada yang kurang produktif dan peluasan tanaman baru di Semenanjung dan Sabah.

Sumber: Lembaga Lada Malaysia (MPB)


Sesiapa yang berminat untuk menanam lada hitam, bolehlah hubungi kami di 019-7747472 (Azmi) atau 019-7720212 (Nordin). Kami menawarkan pembangunan ladang sama ada dalam bentuk 
1) Pembelian benih dan khidmat nasihat, atau termasuk
2) Penjagaan pokok sehingga 3/6/9 bulan, atau 
3) Kerjasama untuk membangunkan ladang. 
Kerana kami memerlukan kawasan baru untuk perkembangan tanaman ini.