Saturday, May 20, 2017

Skim Tanaman Baru Lada

Had Bantuan
Had bantuan untuk seorang pekebun adalah 800 pokok (0.4 Ha) dalam RMK11. Walau bagaimanapun, bantuan yang diberi kepada seorang pekebun dalam setahun adalah tidak melebihi 400 pokok (0.2 Ha).
 
Bentuk dan nilai bantuan
  • Input pertanian (baja dan dolomite);
  • Bayaran insentif secara tunai bagi keratan lada & tiang sokongan;
  • Khidmat nasihat; dan
  • Nilai bantuan: RM 26,000 sehektar untuk tempoh 2 tahun dengan pecahan peruntukan mengikut tahun seperti yang berikut:
Tahun 1: RM 20,000
Tahun 2: RM   6,000                    
Jumlah : RM 26,000
 
Syarat–Syarat Pemilihan Penerima Bantuan Di Sarawak Dan Semenanjung Malaysia
  • Penerima bantuan adalah warganegara Malaysia;
  • Pekebun yang memiliki pokok lada baruyang berusia 2 tahun dan ke bawah;
  • Mempunyai tanah yang sesuai untuk tanaman lada;
  • Menanam sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL:dan
  • Pemohon yang pernah menerima bantuan daripada skim ini layak memohon dan dipertimbangkan semula untuk mendapatkan bantuan selepas selang satu (1) tahun dari tahun beliau menerima bantuan.
Syarat – Syarat Pemilihan Penerima Bantuan Di Sabah
  • Penerima adalah warganegara Malaysia;
  • Mempunyai tanah yang sesuai untuk tanaman lada;
  • Menanam sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL:dan
  • Pemohon yang pernah mendapat bantuan daripada skim ini layak memohon dan dipertimbangkan semula untuk mendapatkan bantuan selepas selang satu (1) tahun dari tahun beliau menerima bantuan.

Sumber : Lembaga Lada Malaysia

Tuesday, April 19, 2016

Health Benefits

Improve Digestion and Promote Intestinal Health

Black pepper (Piper nigrum)stimulates the taste buds in such a way that an alert is sent to to the stomach to increase hydrochloric acid secretion, thereby improving digestion. Hydrochloric acid is necessary for the digestion of proteins and other food components in the stomach. When the body's production of hydrochloric acid is insufficient, food may sit in the stomach for an extended period of time, leading to heartburn or indigestion, or it may pass into the intestines, where it can be used as a food source for unfriendly gut bacteria, whose activities produce gas, irritation, and/or diarrhea or constipation.
Black pepper has long been recognized as a carminitive, (a substance that helps prevent the formation of intestinal gas), a property likely due to its beneficial effect of stimulating hydrochloric acid production. In addition, black pepper has diaphoretic (promotes sweating), and diuretic (promotes urination) properties.
Black pepper has demonstrated impressive antioxidant and antibacterial effects--yet another way in which this wonderful seasoning promotes the health of the digestive tract. And not only does black pepper help you derive the most benefit from your food, the outer layer of the peppercorn stimulates the breakdown of fat cells, keeping you slim while giving you energy to burn.


source: world's healthiest food website 

Sunday, June 22, 2014

Hasil Lumayan Bagi Tanaman Lada Hitam!!!

Perkiraan asas untuk pulangan bagi penanaman lada hitam: 
1) 600 ke 650 pokok seekar
2) minimum 4kg hasil lada setiap pokok setahun
3) harga pasaran rm28 setiap kg. 
Jumlah: 600pokok x 4kg x rm28 = rm67,200.00 setahun bagi setiap 1 ekar. Jika 5 ekar? Atau 10 ekar? Atau 20 ekar? 
Bayang jumlah pendapatan yang anda akan terima!! Amat menguntungkan bukan? Hubungi azmi @0197747472 atau nordin @0197720212 untuk keterangan lanjut

Monday, April 7, 2014

Lawatan dari Singapura dan Indonesia

Lawatan muhibbah penanam lada dan agronomist dari Lampong Sumatera Selatan bersama pengilang Singapura... kongsi ilmu tanaman dan varieti lada..teknik tanaman, anak pokok,pembajaan dan penyelenggaraan
yang pentingnya penghasilan di Johor adalah lebih baik dan banyak berbanding di indonesia....

Saturday, February 1, 2014

Eksport Produk Lada Malaysia Boleh Cecah RM650 JUTA Pada 2020 - MARILAH BERSAMA MEMAJUKAN TANAMAN LADA DI MALAYSIA DAN BERKONGSI HASILNYA!!!

Kuching - Kerajaan menyasarkan nilai eksport industri lada negara meningkat kepada RM650 juta menjelang 2020 kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas.

Katanya bagi mencapai matlamat itu, pelbagai langkagh dilaksana termasuk memperluaskan kawasan tanaman kepada 20,000 hektar dengan anggaran pengeluaran 42,000 tan metrik setahun.

"Pada tahun lepas, eksport produk lada negara adalah sebanyak 10,588 tan dengan nilai RM245 juta. Pada 2012, keluasan tanaman lada di Malaysia ialah 14,791 hektar dengan 99 peratus atau 14,603 hektar di Sarawak," kata pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Lembaga Lada Malaysia (MPB).

Terdahulu, Uggah yang diiringi Timbalannya Datuk Noriah Kasnon meluangkan masa kira-kira sejam melawat pelbagai kemudahan yang bertujuan membantu pembangunan dan perkembangan industri lada negara di ibu pejabat MPB itu.
Lawatan kerja ke MPB merupakan lawatan pertama Uggah ke agensi di bawah kementeriannya sejak pelantikannya minggu lepas.

Mengulas lanjut, Uggah berkata sasaran peningkatan nilai eksport itu selaras dengan Dasar Komoditi Negara (DKN) yang diperkenalkan oleh kerajaan khusus untuk memajukan sektor komoditi.

"Antara usaha yang sedang dilaksanakan dalam meningkatkan pengeluaran lada ialah melalui pemulihan tanaman lada yang kurang produktif dan peluasan tanaman baru di Semenanjung dan Sabah.

Sumber: Lembaga Lada Malaysia (MPB)


Sesiapa yang berminat untuk menanam lada hitam, bolehlah hubungi kami di 019-7747472 (Azmi) atau 019-7720212 (Nordin). Kami menawarkan pembangunan ladang sama ada dalam bentuk 
1) Pembelian benih dan khidmat nasihat, atau termasuk
2) Penjagaan pokok sehingga 3/6/9 bulan, atau 
3) Kerjasama untuk membangunkan ladang. 
Kerana kami memerlukan kawasan baru untuk perkembangan tanaman ini.